Bringing Malaysia to the World

Keistimewaan Negara

Ramai yang menganggap bangunan pencakar langit,  kondominium mewah,  kereta model terkini,  keretapi laju,  lapanganterbang antarabangsa yang dinamik,  pusat-pusat membeli belah yang serba moden adalah keistimewaan Negara.

Mungkin anggapan ini benar,  tetapi rasanya ini semua bukanlah keistimewaan satu-satu Negara itu.

Keistimewaan atau keunikan Negara sebenarnya terletak dan terdapat pada perkara-perkara yang ‘terselindung’ …  perkara-perkara semula jadi yang diwarisi turun temurun masyarakat bangsa.

Binaan-binaan yang disebutkan di atas,  adalah buatan manusia dan oleh yang demikian ianya tidak kekal.

Kita perhatikan keadaan sekeliling.  Kita perhatikan binaan-binaan canggih dan moden tadi … sekejap saja ia berada dalam ingatan kita,  lepas itu ia akan lenyap dari fikiran.  Ia tidak berkekalan.  Kerana ia tidak kekal.  Binaan-binaan ini pada satu ketika nanti akan hilang dari pemandangan,  apabila muncul yang lebih baru dan lebih canggih.

Akan tetapi keistimewaan yang ‘terselindung’ ini akan berkekalan hingga berzaman.

Yang dimaksudkan di sini ialah keistimewaan yang terdapat pada keadaan dan budaya hidup kita,  keistimewaan yang tidak akan ditelan zaman,  yang merupakan warisan kita banggakan.

Kita lihat dan perhatikan anggota masyarakat Negara.  Kita perhatikan bagaimana insan dari pelbagai latarbelakang,  menganut berbagai agama,  bercakap dalam berbagai bahasa,  berinteraksi dalam pelbagai cara dan kaedah … dapat hidup dalam keadaan harmoni dan berpadu,  walaupun terdapat perlbagai usaha oleh kumpulan-kumpulan tertentu untuk meruntuhkan keadaan ini.

Inilah keistimewaan kita.  Kerana kita hidup dengan keazaman,  dedikasi dan komitmen yang lengkap,  untuk menentukan Negara menjadi ‘syurga’ kepada kita semua.

Tidak ramai di kalangan masyarakat antarabangsa yang sedar dan faham akan keadaan dan scenario ini.  Kerana kita terlalu ghairah menceritakan keindahan alam kita,  usaha pembangunan kita ke tahap Negara industri,  potensi pelancongan yang terdapat di Negara, tarian kita dan sebagainya.  Keadaan ini rasanya akan membawa pengertian dan kefahaman pada ‘permukaan’ sahaja … tidak mendalam.  Dan dipercayai ia akan lenyap dalam masa.

Inilah yang akan dipaparkan di dalam rancangan-rancangan melalui rangkaian EXOTIKA MALAYSIA mulai 12 Januari akan datang ini.

Mulai Ahad 12 Januari ini,  rangkaian radio Internet EXOTIKA MALAYSIA akan kembali ke udara membawakan bahan-bahan yang akan memperkenalkan Negara kita Malaysia ke masyarakat global.

Buat beberapa minggu ini,  pihak kami giat mencari,  mengumpul  dan  menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk dipaparkan kepada kumpulan pendengar sasaran kami,  terutama mereka yang berada di perantuan dan juga mereka dari kalangan masyarakat antarabangsa yang berhajat melawat Negara ini sambil mengetahui dan memahami ehwalnya.

Rangkaian ini akan keudara,  buat sementara ini,  melalui saluran yang menyiarkan rangkaian radio Internet EPC RADIO 1bermula dari jam 9.00 malam membawa ke jam 12.00 tengah malam.  Waktu siaran ini akan diubah kepada satu waktu yang lebih sesuai kepada masyarakat pendengar kami.

Seperti yang saudara dimaklumkan,  siaran EXOTIKA MALAYSIA akan dikendalikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Bahasa Melayu adalah khusus untuk warga Malaysia yang berada di luar Negara,  sama ada yang sedang melanjutkan pelajaran,  menjalankan tugas,  berniaga atau pun melancong.   Bahasa Inggeris pula adalah untuk bakal masyarakat pengunjung dari arena antarabangsa.

Apapun.  Harapan kami semoga siaran ini akan memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat sasarannya.   Sekian dan kami ucapkan SELAMAT MENDENGAR!

Frankly nowadays I seldom listen to the radio.    Not that I  don’t like it,  but I feel  I get nothing out of it.    I remember before the introduction of commercial radios station in my country,    radio was the main source of information and education,   that is besides television and the newspapers.    I remember,   I will not forget to tune in to my favourite programs.   I know what day and I remember what time they go on the air.    It was really something. Even in the rural areas,    they would follow programs on agriculture,  animal husbandry,  and the like.    They would sit down glued to the radio when the rural broadcast was on.    Then there were programs on adult education,   and not forgetting programs on human development such as family and social development.    Of course there were entertainment programs as well,   but they were properly and appropriately scheduled.    They knew then,  who their target audience were.

But today,    it seems all these informational and educational programs are no longer of any  importance.    There are more than 25 commercial radio stations in the country,  and around 30 more stations government owned.   But the pattern of programming is all the same.    Its entertainment … entertainment  and  entertainment.    Yes music … music … and more music.

Even organisations carrying out audience research give more emphasis and  focus on entertainment program followings.

It seems the broadcast players seem to follow western trends … creating DJ’s after DJ’s.     It seems they are forgeting the real scenario of the country and its population.     Probably they must have fogotten the fact that we are still developing.     Granted that physically there has been much development.    We have beautiful highways,  tall buildings,    fast moving cars,    sophisticated airports,   satellite broadcasts,   mobile phones  and  the rest.    But I believe they have forgotten the requirements of the vast majority of our population.

People still need knowledge … they still require education and of course information.     They need to know a lot of things before they can consider themselves educated and civilised.     They need to know these,  otherwise how can they face the future and the Vision 2020 program.      Education and enough information will help them  garner enough strength and confidence  in life.     With  these,  they will be in a better position to choose what is right and wrong,  and which direction to follow.     We must bear in mind the presence of  ‘ con men ‘  in many forms.

I remember being told that in broadcasting we have to adhere to its ethics,    which say  it should be guided by the principle    that programs must be based on certain ratios of entertainment,    education and information.    These are the basics of broadcasting.     And the ratio should be dependent upon the current social,  political and economic scenario.

Now the fact facing us today is that,   we still have to be educated and to receive a lot of information about so many things around us,  and things which can influence our very lives.   This we must remember.

Let’s take a look at what’s happening in the rural areas  … we must remember not everyone is living in the  capital cities and big towns.    Not everyone is living in condos and big modern bungalows.    Most of our population are still rural dwellers … living in the rural areas.    Most of them live a simple life.

When we plan and produce radio programs we must remember this very fact.    We shouldn’t be carried away by our desire to be at par with the western broadcast programming.    I know we have to develop our radio broadcasts,   but we have to develop it with our listeners at heart.    We have to know them,  and we have to appreciate their needs.   Because,  they are our listeners and they are important to us.    Otherwise  we are what the Malays call   ‘ syok sendiri’

What I am trying to put across here is that in whatever things we do,   especially if we are involved in the ‘ public service ‘  activities,   it is the members of the public that is most important.   It is they who should benefit  from what we deliver.   In other words we must have our perspective right.     More so the fields of broadcasting.

I learnt a lot when I was with broadcasting,   I enjoyed it very much otherwise I wouldn’t have spent more than 30 years with it.   It was fun,   it was satisfying,   it was gratifying,   especially when we know that we are doing something right and that our audience will benefit from it.

First posted in May 2009

Kita renungkan artikel ini

PERANAN PENYIARAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

oleh Fauziah Kartini Hassan Basri,  Wan Asmah Wan Abdul Rahman  dan  Rodzi Zain dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

“Salah satu aspek yang selalu dikaitkan dengan hal ini.  Di sini penyiaran dikonsepsikan sebagai komunikasi melalui radio dan televisyen  –  dua penciptaan yang menjadi fenomena sosial semenjak kemunculan mereka pada awal abad ini.  Kedua-dua alat ini dikatakan mempunyai peranan utama dalam mempercepatkan proses modenisasi dan  pembangunan sesebuah negara.  Ini adalah jelas kerana radio dan televisyen merupakan jentera penyampai informasi  dari pihak perancang pembangunan kepada pihak yang menerima pembangunan,  iaitu masyarakat am.

Penyiaran juga terutamanya radio,  dapat mengatasi masalah geografi dan butahuruf kerana kebolehannya menjangkau lautan dan gunung untuk menemui berjuta orang dengan serta merta dan cepat.

Peranan penyiaran  dalam pembangunan ini lebih dirasai di negara-negara yang mana kawasan pendalamannya masih kekurangan fasilitas perhubungan fizikal dan taraf kenalhuruf di kalangan penduduk desa masih lagi rendah.  Hakikat ini dapat dilihat dengan ketara di negara-negara sedang membangun,  seperti di negara-negara ASEAN. “

 Klik di sini untuk Baca Seterusnya.

On the online global papers

Click on newspaper titles to read more

Authorities in the dark over convicted trafficker’s return

PETALING JAYA: The Malaysian authorities are apparently in the hot seat as a new investigative film has revealed that convicted wildlife trafficker Anson Wong is back in business.

Posing as interested buyers, Al Jazeera’s 101 East presenter Steve Chao and his team conducted a year-long investigation which took them to Madagascar, Indonesia and Malaysia as they sought to infiltrate Wong’s network.  THE STAR ONLINE  (Malaysia)

Shifting focus on PSLE scores to learning, holistic development

Last year, the Education Ministry (MOE) stopped naming the top scorers in national examinations.

Explaining the move just a day before the release of the Primary School Leaving Examination (PSLE) results, MOE said it was to redress the over-emphasis on academic results, and shift it to a student’s holistic development.  THE STRAITS TIMES ONLINE (Singapore)

Jakarta Police deal with more cyber-crimes

The city police’s cyber crimes unit has uncovered five cases related to cyberspace, in which the suspects used various tricks to lure victims, varying from an ex-girlfriend to a major bank.

The unit’s chief, Adj. Sr. Comr. Edy Suwandono, said in a press statement recently that in one of the cases, two suspects, identified only as AD and LB, hypnotized an owner of an online shop, Bambang Wuryanyo, resulting in the loss of Rp 56.4 million (US$4,820).

“The suspects pretended to buy electric equipment from Bambang’s online shop. They claimed that they had transferred a down payment, but they lied,” he said.   THE JAKARTA POST ONLINE (Indonesia)

Hot, breathless oceans warned

Washington (AP) – Greenhouse gases are making the world’s oceans hot, sour and breathless, and the way those changes work together is creating a grimmer outlook for global waters, according to a new report Wednesday from 540 international scientists.

The world’s oceans are getting more acidic at an unprecedented rate, faster than at any time in the past 300 million years, the report said. But it’s how this interacts with other global warming impacts on waters that scientists say is getting them even more worried.    MANILA BULLETIN ONLINE  (The Philippines)

Hundreds of thousands evacuated as Cyclone Helen crunches into India
 
NEW DEHLI – Hundreds of thousands were evacuated as a severe cyclone slammed into southeastern India on Friday, packing strong winds and torrential rains that killed at least two people, according to officials.

“Cyclone Helen has made landfall,” said an official with the National Disaster Management Authority (NDMA), as rains lashed Andhra Pradesh, disrupting life and snapping communication lines.   THE JAPAN TIMES ONLINE (Japan)

‘No permanent ban on deportees’

The Kingdom would not permanently ban any deportee from returning to Saudi Arabia, an official from the Ministry of Interior said recently.

Maj. Gen. Mansour Al-Turki, spokesman for the ministry, said all illegal workers would have the option to return. “The regulations only stipulate a ban of 10 years,” he said.

Al-Turki said eight planes would deport more than 2,000 Ethiopians on a daily basis to their home country. They would leave the country as soon as the Interior Ministry prepares their documents, he said.   ARAB NEWS ONLINE  (Saudi Arabia)

Peranan EXOTIKA MALAYSIA

Sudah banyak yang diperkatakan mengenai keindahan dan keunikan Negara kita.   Banyak juga usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menarik lebih ramai masyarakat pelancong,  terutamanya dari dunia antarabangsa,  berkunjung ke sini.

Hingga hari ini tumpuan perhatian adalah pada aspek-aspek kebudayaan dan alam semula jadi.  Dan sedikit yang dilaksanakan untuk memperkenalkan lain-lain bidang yang juga boleh menarik minat masyarakat antarabangsa supaya melawat Malaysia.

Adalah dirasakan bahawa bidang-bidang seperti  perindustrian,  pertanian,  perikanan,  sains dan teknologi ,  pendidikan dan lain-lain lagi perlu juga diberi perhatian.  Kerana bidang-bidang ini bukan sahaja dapat membuka mata dunia mengenai kemajuan yang telah dicapai Negara hingga kini,  malah ia juga boleh dijadikan sebagai satu saluran untuk merapatkan lagi hubungan kita dengan masyarakat global.  Ini dipercayai sama pentingnya dengan menarik jutaan maknusia datang berkunjung.

Rangkaian EXOTIKA MALAYSIA ini akan memainkan peranannya,  iaitu untuk menokok tambah usaha-usaha yang sedang dirancang untuk dilaksanakan ke arah ini.

Dalam kita berusaha untuk membawa lebih ramai supaya datang melihat Malaysia lebih dekat lagi,  perhatian perlu juga diutamakan dalam perkara-perkara seperti kesan kedatangan jutaan manusia ini dari segi kesihatan,  keselamatan,  dan juga kesan terhadap budaya hidup kita.  Dalam hal ini,  rasanya perlu juga dimaklumkan kepada masyarakat antarabangsa tentang pantang larang di sini,  panduan-panduan asas dari segi keselamatan dan juga kesihatan.

Kita memang menerima kedatangan mereka,  tetapi perlulah kita tentukan bahawa kedatangan mereka ke Malaysia kelak akan lebih membawa faedah dan nikmat kepada kehidupan kita.

Sistem penyiaran iaitu rangkaian-rangkaian radio dan televisyen,   dan sekarang ditambah pula oleh siaran radio dan televisyen Internet,  yang merupakan sumber maklumat dan hiburan pilihan untuk masyarakat pendengar dan penonton,  hari ini menghadapi satu cabaran yang amat besar.  Ini terutama sekali kerana masyarakat sasaran ini sudah lebih maju pemikiran mereka.  Mereka sudah mula menganalisis apa yang dihidangkan melalui siaran-siaran ini.  Mereka sudah mula memikirkan kepentingan isi kandungan program-program yang disiarkan kepada kehidupan seharian mereka,  cara berfikir anak-anak mereka,  kesan kepada pembesaran dan pembangunan anak-anak ini,  dan banyak lagi.

Pendek kata,  masyarakat pendengar dan penonton hari ini,  tidak lagi menerima isi kandungan program-program ini begitu sahaja.  Mereka sudah mula mengawal waktu siaran,  jenis program yang ditonton,  siapa yang menonton dan sebagainya.   Masyarakat,  khususnya ibu bapa,  sudah ‘in control of the situation’.

Keadaan ini,  ditambah pula dengan hasil kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh organisasi-organisasi  yang pakar dalam bidang ini,  menyebabkan para petugas penyiaran,  terutama para penulis,  penerbit,  penyelidik dan penyampai,  berfikir lebih serius terhadap proses penerbitan program-program yang dihidangkan.

Tetapi malangnya,  masih terdapat ‘the industry players’ menumpukan perhatian kepada dua sektor dalam spektrum pendengar dan penonton ini.  Mereka masih memikirkan bahawa golongan remaja adalah penting kepada pembangunan mereka,  dan bahawa golongan yang ‘mempunyai keupayaan untuk membeli’  sama juga pentingnya.   Sedangkan spektrum pendengar dan penonton ini mempunyai pelbagai golongan yang perlu diambil kira.

Contohnya,  Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun.  Banyak perkara yang harus dibawa kepada masyarakatnya,  terutama sekali ilmu pengetahuan yang boleh memacu kehidupan mereka kepada satu tahap yang lebih maju dan sejahtera.  Seharusnyalah satu peratusan yang besar diuntukkan kepada ilmu pengetahuan,  kerana ini akan menentukan masyarakat akan dapat dibimbing dan dipandu dengannya.  Program-program yang difikirkan sesuai dan mengandungi bahan-bahan ini memang banyak.  Umpamanya yang nyata ialah program-program dari kategori dokumentari,  walaupun boleh digunakan juga program-program dari kategori drama dan sitcom.  Olahan dan penyampaian maklumat yang diperlukan,  perlu diteliti supaya ianya akan menarik pendengar dan penonton kepadanya.

Hakikatnya sekarang,  dikaca televisyen atau corong radio atau melalui saluran Internet,  yang diutamakan ialah hiburan.  Boleh dikatakan hiburan menyediakan satu peratusan yang amat tinggi jika dibandingkan dengan program-program dari jenis lain.   Ini dilaksanakan kerana kepada ‘industry players’ tadi,  mereka akan membangun dan memajukan stesen-stesen radio atau televisyen yang berkenaan.

Adalah dirasakan,  bahawa masanya telah tiba bagi kita,  terutama yang terlibat secara langsung dengan tugas menulis,  menerbit  dan  menyediakan program-program radio dan televisyen untuk masyarakat negara, mahupun melalui saluran Internet,  berfikir apa yang harus dan mesti diberi keutamaan,  iaitu program-program jenis atau dalam kategori apa.  Perlu juga kita teliti secara menyeluruh senarai program yang disediakan hari ini,  dan akhirnya perlulah kita mengkaji apakah kesan yang boleh didatangkan oleh siaran kedua-dua jenis rangkaian media ini kepada masyarakat kita.

Perlu kita sedari bahawa kita sebagai petugas penyiaran bukanlah berfungsi cuma untuk membawa hiburan kepada masyarakat sasaran kita,  tetapi lebih penting kita perlu berfikir bahawa dapatkah yang kita hidangkan itu membawa manfaat kepada pembangunan insan di negara bertuah ini.  Dengan lain-lain perkataan,  kalau negara barat memberi keutamaan kepada hiburan,  tidak semestinya kita ikut secara  ‘membuta tuli’  sahaja.

Kita perlu berfikir,  dan berfikir lebih serious.  Ini adalah satu cabaran kepada kita … anggota komuniti penyiar di negara ini.

Pertama dipaparkan dalam bulan Julai 2012

Kita sudah lama mengenali dan mengikuti siaran radio.  Kita di Negara ini dapat mengikuti siaran radio dari puluhan stesen radio FM,  sama ada yang dipunyai oleh kerajaan atau pun pihak swasta.  Pendek kata ia sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita hari ini.

Siaran dari rangkaian-rangkaian radio ini,  yang dikenali sebagai  stesen radio ‘free to air’  menmyiarkan pelbagai jenis program yang bertujuan untuk menarik ramai pendengar atau pengikutnya.  Dan kebanyakan dari program ini adalah dalam bentuk hiburan,  kerana ramai yang berfikir dan berpendapat bahawa program dalam kategori ini akan menarik minat pendengar.  Tambahan pula sudah ramai pengeluar produk kegunaan harian hari ini mencari stesen manakah yang banyak sekali mempunyai pengikut atau pendengar.

Dalam usaha pihak-pihak yang menyelenggarakan stesen radio ‘free to air’ ini terdapat pula usaha-usaha untuk mewujudkan stesen-stesen radio Internet,  iaitu yang menyiarkan program-program menggunakan saluran perhubungan Internet.  Hari ini pun sudah banyak stesen-stesen radio internet ini diwujudkan,  sama ada dipersada antarabangsa mahupun diMalaysiaini sendiri.  Kewujudan ini berpunca dari beberapa faktor,  antaranya pendengar sasaran sekarang sudah bijak memilih jenis program yang hendak didengar;  usaha mewujudkan siaran Internet tidak memerlukan kelulusan dari pihak berwajib;  modal permulaan yang kecil;  dan mudah pula diselenggarakan.

Akan tetapi sedikit benar dari jumlah stesen radio Internet ini diselenggarakan secara profesyenal,  kebanyakannya bercorak ‘hentam sajalah’.

Rasanya,  masanya akan tiba bahawa stesen-stesen radio FM ‘free to air’ ini akan berhadapan dengan satu pesaing yang hebat dan lebih luas kawasan liputan dan jumlah pendengarnya.  Ini dipercayai akan menyebabkan pihak yang bertanggungjawab lebih berhati-hati menyediakan program-program untuk disiarkan.

Artikel ini telah dipaparkan dalam lamanblog ALAM PENYIARAN pada Julai 2012

Di akhbar online 05/11

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

AKHBAR BAHASA MALAYSIA

29,297 graduan UiTM bakal terima ijazah, diploma

SHAH ALAM – Seramai 29,297 graduan bakal menerima diploma dan ijazah masing-masing pada istiadat Konvokesyen ke-79 Universiti Teknologi MARA (UiTM), bermula Sabtu hingga 19 November.

Konvokesyen itu akan berlangsung dalam 17 sidang di Dewan Agung Tuanku Canselor Kampus UiTM di sini, empat sidang masing-masing di kampus UiTM Perak, UiTM Pahang, UiTM Sarawak dan UiTM Pulau Pinang sementara lima sidang di UiTM Melaka, enam sidang di UiTM Terengganu dan lapan sidang di UiTM Perlis.   SINAR HARIAN ONLINE

Latihan hadapi banjir dipertingkat

KUANTAN 4 Nov. – Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri giat merangka persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bulan depan dan Januari ini termasuk mengadakan latihan insentif melibatkan anggota dari seluruh negeri ini.

Terbaru, bertempat di Esplanade Tanjung Api, di sini kelmarin, sebanyak 100 anggota dari 21 buah balai di negeri ini menyertai latihan operasi menjelang musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, latihan kali ketujuh itu juga bagi membuat persediaan dari sudut peralatan supaya segalanya dalam keadaan terbaik apabila musim banjir kelak.     UTUSAN ONLINE

Operasi khas jamin keselesaan koc wanita

Kuala Lumpur: Seramai 15 anggota dan pegawai wanita dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan melaksanakan Ops Cantas Khas Wanita bagi melaksanakan tugas kawalan keselamatan di dalam dua koc wanita bermula semalam.

Difahamkan, pasukan yang tampil berpakaian operasi lengkap itu turut bekerjasama dengan anggota wanita KTM Berhad (KTMB) itu akan ditempatkan di kawasan pengangkutan awam termasuk komuter dan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Ketua Penolong Pengarah D7, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, operasi pasukan khas itu akan memastikan keselesaan dan keselamatan golongan wanita lebih terjamin ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.  myMetro Online

AKHBAR BERBAHASA INGGERIS

Agong: Adopt spirit of moderation for national unity 

PUTRAJAYA, Nov 5 — The Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah has called on the people to adopt the spirit of moderation, based on the principles enshrined in the national Constitution. He said this was important amid efforts by unscrupulous quarters to disturb the spirit of unity in diversity that exists among the people.

“Various sensitive issues and slogans were raised when we all know and need to understand that we are all responsible for preserving national unity and solidarity.  THE MALAY MAIL ONLINE

Anti-smoking campaign to target students, the poor 

In its new anti-smoking campaign, which will be funded by cigarette tax revenue, the city administration will target students and low-income residents, an official has said.

Starting next year, the city is expected to receive around Rp 400 billion (US$35.2 million) per year in revenue from a cigarette excise tax.

“We are currently discussing and fleshing out the anti-smoking programs, which comprise not only curative but also preventive measures. Most smokers in the capital are low-income residents so we will focus on educating them. We will also target students,” Jakarta Health Agency head Dien Emmawati said at City Hall recently.   THE JAKARTA POST ONLINE

Indonesians stage sit-in demanding repatriation

Indonesian expatriates who had failed to regularize their status during the extended amnesty period staged a sit-in on one of Jeddah’s busiest streets on Monday demanding repatriation.

The crowds, which consisted mainly of women, began gathering at the intersection between Prince Majed and Palestine Street opposite Al-Baik at 11 p.m. Sunday. By Monday morning, their numbers had swelled to thousands as Indonesians began arriving from all over the Kingdom.

“We have tried for several weeks to regularize our status, but officials are insisting on original passports and other documents, which we don’t have,” one worker who did not want to give his name told Arab News.  ARAB NEWS ONLINE

India launches spacecraft to Mars

India has successfully launched a spacecraft to the Red Planet – with the aim of becoming the fourth space agency to reach Mars.

The Mars Orbiter Mission took off at 09:08 GMT from the Satish Dhawan Space Centre on the country’s east coast.

The head of India’s space agency told the BBC the mission would demonstrate the technological capability to reach Mars orbit and carry out experiments.

The spacecraft is set to travel for 300 days, reaching Mars orbit in 2014.   BBC NEWS ASIA ONLINE

Dalam siaran malam ini,  antara lain kita akan tumpukan perhatian kepada dua perkara iaitu seperti berikut:

Pada jam 10.00 malam iaitu dalam rancangan TINJAUAN SEPINTAS LALU NEGERI-NEGERI DALAM MALAYSIA,  kita akan membawa saudara ke NEGERI KEDAH.  Di sini kita akan lihat beberapa tempat yang menarik iaitu seperti

  • Muzium Padi  –  sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai “Jelapang Padi Malaysia” dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.  Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
  • Kota Kuala Kedah –  dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeriKedahMalaysia. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor Setar merupakan merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah.  Kota Kuala Kedah menjadi salah satu tumpuan para pelancong untuk melawat bangunan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah.  Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifek sejarah, antara lain termasuk peninggalan bekas kota, meriam dan paparan maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang terkenal itu.
  • Gunung Jerai  –  (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman,Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.  Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Kemudian pada jam 11.00 malam pula, dalam rancangan  MENGENALI MASYARAKAT MALAYSIA,    kita akan perkenalkan pula saudara lebih dekat lagi kepada masyarakat Malaysia.   Malam ini saya ini saudara berkenalan dengan beberapa orang yang menjalankan kegiatan-kegiatan untuk mencari rezeki di beberapa negeri di Malaysia ini.

Sama-samalah kita ikuti siaran EXOTIKA MALAYSIA mala mini.

Tag Cloud