Bringing Malaysia to the World

Kita sudah lama mengenali dan mengikuti siaran radio.  Kita di Negara ini dapat mengikuti siaran radio dari puluhan stesen radio FM,  sama ada yang dipunyai oleh kerajaan atau pun pihak swasta.  Pendek kata ia sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita hari ini.

Siaran dari rangkaian-rangkaian radio ini,  yang dikenali sebagai  stesen radio ‘free to air’  menmyiarkan pelbagai jenis program yang bertujuan untuk menarik ramai pendengar atau pengikutnya.  Dan kebanyakan dari program ini adalah dalam bentuk hiburan,  kerana ramai yang berfikir dan berpendapat bahawa program dalam kategori ini akan menarik minat pendengar.  Tambahan pula sudah ramai pengeluar produk kegunaan harian hari ini mencari stesen manakah yang banyak sekali mempunyai pengikut atau pendengar.

Dalam usaha pihak-pihak yang menyelenggarakan stesen radio ‘free to air’ ini terdapat pula usaha-usaha untuk mewujudkan stesen-stesen radio Internet,  iaitu yang menyiarkan program-program menggunakan saluran perhubungan Internet.  Hari ini pun sudah banyak stesen-stesen radio internet ini diwujudkan,  sama ada dipersada antarabangsa mahupun diMalaysiaini sendiri.  Kewujudan ini berpunca dari beberapa faktor,  antaranya pendengar sasaran sekarang sudah bijak memilih jenis program yang hendak didengar;  usaha mewujudkan siaran Internet tidak memerlukan kelulusan dari pihak berwajib;  modal permulaan yang kecil;  dan mudah pula diselenggarakan.

Akan tetapi sedikit benar dari jumlah stesen radio Internet ini diselenggarakan secara profesyenal,  kebanyakannya bercorak ‘hentam sajalah’.

Rasanya,  masanya akan tiba bahawa stesen-stesen radio FM ‘free to air’ ini akan berhadapan dengan satu pesaing yang hebat dan lebih luas kawasan liputan dan jumlah pendengarnya.  Ini dipercayai akan menyebabkan pihak yang bertanggungjawab lebih berhati-hati menyediakan program-program untuk disiarkan.

Artikel ini telah dipaparkan dalam lamanblog ALAM PENYIARAN pada Julai 2012

Leave a comment

Tag Cloud