Bringing Malaysia to the World

Archive for November 5, 2013

Di akhbar online 05/11

Klik pada tajuk akhbar untuk berita lengkap

AKHBAR BAHASA MALAYSIA

29,297 graduan UiTM bakal terima ijazah, diploma

SHAH ALAM – Seramai 29,297 graduan bakal menerima diploma dan ijazah masing-masing pada istiadat Konvokesyen ke-79 Universiti Teknologi MARA (UiTM), bermula Sabtu hingga 19 November.

Konvokesyen itu akan berlangsung dalam 17 sidang di Dewan Agung Tuanku Canselor Kampus UiTM di sini, empat sidang masing-masing di kampus UiTM Perak, UiTM Pahang, UiTM Sarawak dan UiTM Pulau Pinang sementara lima sidang di UiTM Melaka, enam sidang di UiTM Terengganu dan lapan sidang di UiTM Perlis.   SINAR HARIAN ONLINE

Latihan hadapi banjir dipertingkat

KUANTAN 4 Nov. – Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri giat merangka persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bulan depan dan Januari ini termasuk mengadakan latihan insentif melibatkan anggota dari seluruh negeri ini.

Terbaru, bertempat di Esplanade Tanjung Api, di sini kelmarin, sebanyak 100 anggota dari 21 buah balai di negeri ini menyertai latihan operasi menjelang musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, latihan kali ketujuh itu juga bagi membuat persediaan dari sudut peralatan supaya segalanya dalam keadaan terbaik apabila musim banjir kelak.     UTUSAN ONLINE

Operasi khas jamin keselesaan koc wanita

Kuala Lumpur: Seramai 15 anggota dan pegawai wanita dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan melaksanakan Ops Cantas Khas Wanita bagi melaksanakan tugas kawalan keselamatan di dalam dua koc wanita bermula semalam.

Difahamkan, pasukan yang tampil berpakaian operasi lengkap itu turut bekerjasama dengan anggota wanita KTM Berhad (KTMB) itu akan ditempatkan di kawasan pengangkutan awam termasuk komuter dan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Ketua Penolong Pengarah D7, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, operasi pasukan khas itu akan memastikan keselesaan dan keselamatan golongan wanita lebih terjamin ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.  myMetro Online

AKHBAR BERBAHASA INGGERIS

Agong: Adopt spirit of moderation for national unity 

PUTRAJAYA, Nov 5 — The Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah has called on the people to adopt the spirit of moderation, based on the principles enshrined in the national Constitution. He said this was important amid efforts by unscrupulous quarters to disturb the spirit of unity in diversity that exists among the people.

“Various sensitive issues and slogans were raised when we all know and need to understand that we are all responsible for preserving national unity and solidarity.  THE MALAY MAIL ONLINE

Anti-smoking campaign to target students, the poor 

In its new anti-smoking campaign, which will be funded by cigarette tax revenue, the city administration will target students and low-income residents, an official has said.

Starting next year, the city is expected to receive around Rp 400 billion (US$35.2 million) per year in revenue from a cigarette excise tax.

“We are currently discussing and fleshing out the anti-smoking programs, which comprise not only curative but also preventive measures. Most smokers in the capital are low-income residents so we will focus on educating them. We will also target students,” Jakarta Health Agency head Dien Emmawati said at City Hall recently.   THE JAKARTA POST ONLINE

Indonesians stage sit-in demanding repatriation

Indonesian expatriates who had failed to regularize their status during the extended amnesty period staged a sit-in on one of Jeddah’s busiest streets on Monday demanding repatriation.

The crowds, which consisted mainly of women, began gathering at the intersection between Prince Majed and Palestine Street opposite Al-Baik at 11 p.m. Sunday. By Monday morning, their numbers had swelled to thousands as Indonesians began arriving from all over the Kingdom.

“We have tried for several weeks to regularize our status, but officials are insisting on original passports and other documents, which we don’t have,” one worker who did not want to give his name told Arab News.  ARAB NEWS ONLINE

India launches spacecraft to Mars

India has successfully launched a spacecraft to the Red Planet – with the aim of becoming the fourth space agency to reach Mars.

The Mars Orbiter Mission took off at 09:08 GMT from the Satish Dhawan Space Centre on the country’s east coast.

The head of India’s space agency told the BBC the mission would demonstrate the technological capability to reach Mars orbit and carry out experiments.

The spacecraft is set to travel for 300 days, reaching Mars orbit in 2014.   BBC NEWS ASIA ONLINE

Siaran malam ini 05/11

Dalam siaran malam ini,  antara lain kita akan tumpukan perhatian kepada dua perkara iaitu seperti berikut:

Pada jam 10.00 malam iaitu dalam rancangan TINJAUAN SEPINTAS LALU NEGERI-NEGERI DALAM MALAYSIA,  kita akan membawa saudara ke NEGERI KEDAH.  Di sini kita akan lihat beberapa tempat yang menarik iaitu seperti

  • Muzium Padi  –  sebuah muzium di Gunung Keriang, daerah Alor Star. Muzium ini menerangkan kegiatan penanaman and penuaian padi di negeri Kedah, yang juga dikenali sebagai “Jelapang Padi Malaysia” dan turut juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi.  Kegiatan kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, serta permainan gasing juga dipertunjukkan kepada para pelawat.
  • Kota Kuala Kedah –  dikenali sebagai Kota Kuala Bahang merupakan salah sebuah daripada kota bersejarah yang dibina oleh orang-orang Melayu yang terletak dalam negeriKedahMalaysia. Kota Kuala Kedah yang terletak di Alor Setar merupakan merupakan satu kompleks sejarah popular di Kedah.  Kota Kuala Kedah menjadi salah satu tumpuan para pelancong untuk melawat bangunan peninggalan sejarah yang berkaitan dengan negeri Kedah.  Kota Kuala Kedah memiliki pelbagai peninggalan artifek sejarah, antara lain termasuk peninggalan bekas kota, meriam dan paparan maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah yang terkenal itu.
  • Gunung Jerai  –  (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman,Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.  Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.

Kemudian pada jam 11.00 malam pula, dalam rancangan  MENGENALI MASYARAKAT MALAYSIA,    kita akan perkenalkan pula saudara lebih dekat lagi kepada masyarakat Malaysia.   Malam ini saya ini saudara berkenalan dengan beberapa orang yang menjalankan kegiatan-kegiatan untuk mencari rezeki di beberapa negeri di Malaysia ini.

Sama-samalah kita ikuti siaran EXOTIKA MALAYSIA mala mini.

RADIO INTERNET SEBAGAI PILIHAN

Dalam dunia yang amat mencabar hari ini,  dan masyarakat yang sentiasa ingin menambah ilmu pengetahuan dan bertukar pandangan dan pendapat dengan tepat dan pantas,  saluran Internet adalah penting dan menjadi pilihan.   Sungguhpun terdapat sebilangan anggota masyarakat yang menggunakannya sebagai sumber hiburan,  tetapi pada besarnya manfaat dan faedah kepada hampir seluruh anggota masyarakat dunia memang ternyata.

Dulu siaran radio dan  kemudian siaran televisyen,  mengambil tempat utama atau ‘centre stage’ dalam usaha dan peranan ini,  hari ini Internet telah mengambil alih.

Pemilihan ini memang tepat,  kerana Internet tidak mempunyai sempadan.  Ia boleh sampai kepada sesiapa dan di mana juga,  asalkan wujud hubungan Internet di lokasinya.

Oleh kerana inilah,  saluran Internet telah mula digunakan oleh penggiat-penggiat penyiaran dunia.  Hari ini terdapat tidak terkira bilangannya,  siaran-siaran radio Internet di seluruh dunia.   Cuma yang perlu ditentukan ialah saluran-saluran yang kredible dan dikendalikan oleh yang bertanggungjawab sahaja dijadikan pilihan.

Saluran Internet memang yang terbaik digunakan untuk bertukar maklumat,  pendapat dan pengalaman.  Ia juga boleh digunakan untuk mempengaruhi suasana dalam masyarakat.

Cuma yang perlu ditentukan ialah bahawa kandungan siarannya tidak bertentangan dengan norma-norma hidup masyarakat,  akta,  undang-undang dan panduan yang dijadikan ‘peta jalanan’ dan garis hidup sesebuah Negara itu.

Ini maknanya,  siaran radio internet atau televisyen Internet,  harus memerlukan pengendalinya mengikuti ethika penyiaran yang digunakan di seluruh dunia iaitu untuk membawa maklumat,  pendidikan dan hiburan.  Kadar tiap satu bidang ini berdasar dan berlandaskan kepada keadaan Negara di mana ia diwujudkan.

Pilihan kami ialah saluran radio Internet.  Maka itulah sebabnya EXOTIKA MALAYSIA diwujudkan.

Tag Cloud