Bringing Malaysia to the World

Archive for November 20, 2013

Peranan EXOTIKA MALAYSIA

Sudah banyak yang diperkatakan mengenai keindahan dan keunikan Negara kita.   Banyak juga usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menarik lebih ramai masyarakat pelancong,  terutamanya dari dunia antarabangsa,  berkunjung ke sini.

Hingga hari ini tumpuan perhatian adalah pada aspek-aspek kebudayaan dan alam semula jadi.  Dan sedikit yang dilaksanakan untuk memperkenalkan lain-lain bidang yang juga boleh menarik minat masyarakat antarabangsa supaya melawat Malaysia.

Adalah dirasakan bahawa bidang-bidang seperti  perindustrian,  pertanian,  perikanan,  sains dan teknologi ,  pendidikan dan lain-lain lagi perlu juga diberi perhatian.  Kerana bidang-bidang ini bukan sahaja dapat membuka mata dunia mengenai kemajuan yang telah dicapai Negara hingga kini,  malah ia juga boleh dijadikan sebagai satu saluran untuk merapatkan lagi hubungan kita dengan masyarakat global.  Ini dipercayai sama pentingnya dengan menarik jutaan maknusia datang berkunjung.

Rangkaian EXOTIKA MALAYSIA ini akan memainkan peranannya,  iaitu untuk menokok tambah usaha-usaha yang sedang dirancang untuk dilaksanakan ke arah ini.

Dalam kita berusaha untuk membawa lebih ramai supaya datang melihat Malaysia lebih dekat lagi,  perhatian perlu juga diutamakan dalam perkara-perkara seperti kesan kedatangan jutaan manusia ini dari segi kesihatan,  keselamatan,  dan juga kesan terhadap budaya hidup kita.  Dalam hal ini,  rasanya perlu juga dimaklumkan kepada masyarakat antarabangsa tentang pantang larang di sini,  panduan-panduan asas dari segi keselamatan dan juga kesihatan.

Kita memang menerima kedatangan mereka,  tetapi perlulah kita tentukan bahawa kedatangan mereka ke Malaysia kelak akan lebih membawa faedah dan nikmat kepada kehidupan kita.

Tag Cloud